Saturday, 17 March 2012

Hi....I'm back again....Tadi macam-macam resepi aku search untuk mama...mama dah salin dah pun...
Ni yang aku sedikit tak puas hati, Hidayah tu ada blog tapi dia tak nak bagitau nama blog dia. Setakat blog pun nak rahsia-rahsia. Haih, lantaklah dia, malas nak layan.

Friday, 16 March 2012

Cari Resepi Untuk Mama

Salam....aku kena cari resepi special untak mama...dia nak jual...adik aku dayah ni tak habis-habis nak bluetooth lagu  kat phone aku......jap lagi aku sambung...It's time to search for special recipe....

Friday, 2 March 2012

Pertandingan Saintis Muda

Hi semua! Apa khabar? Dah lama aku tak menaip kan? Blog ni dah berhabuk. Fuh fuh fuh...
Okaaaay, mari kita share share cerita.
Semalam punya kes, aku dan kawan-kawan aku joined Pertandingan Saintis Muda peringkat sekolah. Muna yang registerkan. Aku tak tahu apa-apa pun sampailah Muna cakap. Mia tak join Saintis Muda dengan kitorang so kitorang gantikan tempat Mia dengan Azlinda. So, dah cukup empat orang: aku, Iyman, Muna dan Azlinda.

Kitorang buat experiment air pressure. Isi air dalam botol dan pam botol tu, so botol tu akan 'fly'. Get it? -,-
Itu membuktikan adanya air pressure. Aku kena buat explaination kat depan dengan Iyman. Muna dan Azlina pulak tunjukkan experiment. Memang payahlah. Mula-mula aku macam tak yakin experiment ni berkesan. Tapi lama-lama, aku tahu mesti berjaya punyalah.


First time bagi explaination. Rasa berdebar sikit. Kumpulan kitorang buat experiment luar lab sebab melibatkan air. Mana boleh buat dalam makmal. Mampus karang barang pecah. Hahahaha... Cikgu bagi mic suruh cakap. Punyalah ramai orang tengok. Arghhhhh! Nasib baik Iyman ada. Ceeehhh, terangkan macam orang pro tapi dalam hati, punyalah berdoaaa.

Muna dan Azlinda memang ada gaya. Siap cakap, 'ready? okay, set! 1, 2, 3!' Then botol tu pun melayang. Memang experiment tu menjadilah... Rasa best sangat. Ramai orang bagi support. Aw, thanks korang! 
Azwan punya botol untuk experiment air pressure lagi canggih. Dah macam torpado dah rupanya. Xian Jun punya experiment lagi best. Ada bubbles keluar dari conical flask. Pergh, macam expert! Ada jugak yang buat volcano. Hebat!

Pagi tadi, ada pengumuman siapa yang menang. Annnnnnndddddddddd :D
KITORANG KALAH. TAK MENANG. TAK DAPAT SIJIL.... WARRRGGGHHHH!
Tapi takpe, asalkan ada pengalaman cukup. Muna, Iyman dan Azlinda pun pasrah. Nak buat macam mana kan? Kitorang dah buat yang terbaik. Insya Allah, tahun depna join lagi. Kasik menang punya. Hahahaha....
That's all lah. Aku nak out dah. Bye! :)